Monday, August 3, 2009

INAPAN SAMUDERA CHALET, PENGKALAN BALAK, MELAKA


INAPAN SAMUDERA CHALET
inapan samudera
Km 52, Kampung Balik Bukit, Kuala Linggi
78200, Kuala Sungai Baru,
Melaka.
Chalet Inapan Samudera adalah sebuah tempat penginapan yang menawarkan penginapan jenis chalet, apartment dan bilik untuk keselesaan anda yang inginkan percutian indah di Pengkalan Balak, Melaka. Chalet ini yang beralamat di Km 52, Kampung Balik Bukit, Kuala Linggi, 78200, Kuala Sungai Baru, Melaka mungkin merupakan antara chalet yang cantik dan selesa bagi anda yang ingin menikmati satu hari yang santai dan tenang sama ada di hujung minggu atau bercuti pada hari biasa.
Chalet ini berdekatan dengan pantai Pengkalan Balak dan pastinya memberi memori indah buat anda yang ingin menikmati matahari terbenam jauh ketengah laut bersama orang yang dikasihi sama ada anda datang bersama keluarga, rakan mahupun orang yang tersayang.
Chalet ini juga menawarkan kepada anda kemudahan yang lengkap dengan pelbagai perkhidmatan yang pastinya membuatkan percutian anda lengkap dengan pelbagai aktiviti dan keseronokan yang pasti anda kenang. Antara kemudahan yang kami sediakan adalah seperti surau, kawasan parking kereta, kawasan lapang untuk aktviti bagi anda yang datang dengan keluarga atau berkumpulan, pondok aktiviti serta dewan makan.

Buat anda yang ingin melihat sendiri penyu karah, inilah peluang anda kerana penyu karah banyak terdapat di Pantai Pengkalan Balak ini. Anda juga boleh menikmati perkampungan nelayan yang berdekatan di sini. Buat anda yang tercari-cari penginapan yang murah, selesa dan tenang,di sinilah tempatnya dan anda pasti gembira bersama kami di chalet Inapan Samudera.

PANTAI PENGKALAN BALAK

Pada era tahun 60-an,pantai ini amat popular kepada askar-askar British beriadah bersama keluarga. Adapun askar-askar British adalah petugas-petugas di kem bersebelahan pantai Tanjung Bidara iaitu Trendak Camp.
Apabila tahun 1971 kesemua petugas/askar itu dihantar pulang ke Britain (perjanjian kemerdekaan) maka pantai Pengkalan Balak menjadi sepi hampir kepada dua dekat. Pada tahun 1987 atas jasa anak watan kg. Pengkalan Balak itu sendiri iaitu Allahyarham YB Bahari Hassan, membina sebatang jalan di pinggir sepanjang pantai,maka pantai tersebut kembali menjadi ceria dan popular sebagai aset pelancongan.
Jalan tersebut dikenali “Jalan Persiaran Pantai”(JPP). Untuk pengetahuan umum sepanjang JPP itu adalah meliputi pantai Kok Ett(Hohoya), pantai Seman Jawa, pantai Haji Sidek, pantai Mat Bongkak, pantai Orang Putih (pantai Sidang Husin), pantai Wak Entel dan pantai Wahab Penyu.Kesemua ceruk pantai yang disebutkan itu, mempunyai rentetan peristiwanya yang tersendiri.
Contohnya, dipantai Mat Bongkak disekitar tahun-tahun penghujung tujuhpuluhan pernah seekor buaya terdampar di pantai tersebut. Peristiwa ini amat mengemparkan penduduk kg.Pengkalan Balak dan sekitarnya.

GAMBAR PANTAI PENGKALAN BALAK, MELAKA.
DENGAN KOS RENDAH,ANDA JUGA DAPAT BERCUTI BERSAMA KELUARGA TERCINTA.
dsc00012 tanjung-bidara
pengkalan-balak-102 pengkalan-balak-094 pengkalan-balak-008
images14 images16 images12
images7 images11 images8
images131 images12 images3
______________________________________________________
HUBUNGI KAMI UNTUK TEMPAHAN ATAU SEBARANG SOALAN:
Email: tempahanpenginapan@yahoo.com

JENIS DAN KADAR HARGA BILIK


HARGA BILIK

1. BILIK ASLI (5 UNIT)

*2 Single Bed dengan kipas RM70.00 SAHAJA

bilik asli bilik asli
2. BILIK TERATAK (2 UNIT)

*2 Single Bed dengan air conditioner-RM80.00 SAHAJA

*2 Single Bed dengan kipas-RM70.00 SAHAJA

bilik teratak bilik teratak
3. BILIK NYIUR (8 UNIT)

*2 Single Bed dengan air conditioner-RM80.00 SAHAJA

*2 Single Bed dengan kipas-RM70.00 SAHAJA

bilik nyiur bilik nyiur
_________________________________________________________
HUBUNGI KAMI UNTUK TEMPAHAN ATAU SEBARANG SOALAN:
Email: tempahanpenginapan@yahoo.com

PERSEKITARAN DI INAPAN SAMUDERA CHALET


PEMANDANGAN

pemandangan pemandangan
pemandangan pemandangan
pemandangan pemandangan
pemandangan pemandangan
pemandangan pemandangan
pemandangan pemandangan
_________________________________________________________
HUBUNGI KAMI UNTUK TEMPAHAN ATAU SEBARANG SOALAN:
Email: tempahanpenginapan@yahoo.com

Friday, July 10, 2009

PAKEJ PROMOSI





PAKEJ LAWATAN TEMPATAN 1
1. PUSAT PEMELIHARAAN DAN PENETASAN PENYU
  • Lawatilah pusat pemeliharaan penyu beserta tayangan videonya.
  • Pusat penetasan anak penyu karah dan tuntong laut kira-kira 26km dari Alor Gajah dan 9km dari Masjid Tanah.
  • Pusat penetasan ini menyediakan kawasan yang dipagar khas untuk penyu-penyu tersebut dan dijaga dengan baik.
  • Kenalilah habitat ini.
  • Terdapat juga penginapan yang disediakan di Pusat Peranginan Tanjung Bidara dan Pengkalan Balak seperti chalet-chalet persendirian.
DSC00019 [320x200] DSC00021 DSC00020
2. KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI
  • Merasai dan melihat sendiri alam cakerawala depan mata sendiri
  • Kenalilah astronomi terkenal islam seperti Al-Khawarizmi
  • Melihat dan mengenali peralatan melihat anak bulan (teropong) dan peralatan mengira hilal kalender islam.
Antara Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi adalah:
  • Auditorium-Tayangan Planetarium dan 3D
  • Ruang Pameran
  • Bilik VIP
  • Kafeteria
  • Bilik Kuliah
  • Ruang Rehat
  • Surau
  • Ruang Simpanan Kasut dan beg
  • Gerai cenderahati
  • Info Kios
  • Perpustakaan mini
  • Kemudahan internet
  • Tempat letak kereta berturap
kompleks falak al-khawarizmi8 kompleks falak al-khawarizmi11 kompleks falak al-khawarizmi12
3. PANTAI TANJUNG BIDARA DAN KAMPUNG NELAYAN TANJUNG BIDARA
  • Rasailah suasana nyaman dan segar di pantai Tanjung Bidara ini.
  • Lawatilah balai nelayan dan melihat cara penghidupan para nelayan.
  • Berpeluang membeli hasil laut seperti belacan, cencaluk dan ikan asin segar.
MASA LAWATAN: 2.30 petang-5.30 petang
Tempoh Lawatan: 2 1/2 jam
Kadar: Dewasa RM20.00 seorang
Kanak-kanak RM10.00 seorang
8 Orang=RM300.00 (1 Van/1 Hari)
__________________________________________________
PAKEJ LAWATAN TEMPATAN 2
1.KOTA KUALA LINGGI/ MEDAN IKAN BAKAR TERAPUNG LINGGI, SUNGAI LINGGI
  • Kota Kuala Linggi& Restoran Ikan Bakar Terapung di Kuala Linggi berhampiran Port Supai
  • Ia memuatkan gerai ikan bakar & gerai cenderamata dan juga siar kaki atas air serta pelantar memancing.
2. KOTA SUPAI
  • Melihat sendiri kesan peninggalan lama yang mengawal muara Sungai Linggi di zaman dahulu.
  • Restauran Ikan Bakar Terapung Kuala Linggi.
  • Pemandangan muara sungai dari atas bukit Kota Supai
3. PERKAMPUNGAN NELAYAN KUALA LINGGI
  • Melihat panorama perkampungan nelayan
  • Berpeluang membeli hasil laut segar seperti ikan dan udang.
4.SUNGAI LINGGI
  • Sungai Linggi yang menjadi pemisahan antara Negeri Melaka dan Negeri Sembilan
  • Berpeluang membeli hasil laut segar seperti ikan Siakap, udang galah, ikan kerapu dan ikan jenak.
MASA LAWATAN: 2.30PTG-5.30 PTG
TEMPOH LAWATAN: 2 ½ JAM
Kadar: Dewasa RM20.00 seorang
Kanak-kanak RM10.00 seorang
8 Orang=RM300.00 (1 Van/1 Hari)
_________________________________________________
PAKEJ MEMANCING
1. PAKEJ MEMANCING SUNGAI
Lokasi:
Dari Sungai Linggi ke Sungai Timun (Lebih kurang 10km)
Pakej input:
  • 1 bot maksimum 6 orang
  • Umpan boleh didapati sekitar kawasan Jetty
Memancing Sungai
1. Dimuara Sungai
  • Udang Gajah
  • Ikan Siakap Sungai
  • Ikan Kerapu
  • Ikan Jenahak
2. Di Pendalaman Sungai
  • Ikan Patin
  • Ikan Talapia
  • Ikan Lampam
  • Udang Galah
Harga Pakej:
  • Harga RM400.00 satu bot
  • Masa:-Pagi (9.00pg-3.00ptg)
Petang (2.00ptg-8.00mlm)
(Tertakluk kepada terma dan syarat)
  • Setiap satu bot akan dikendalikan oleh seorang tekong
  • Menyusuri Sungai Kuala Linggi ke Sungai Timun
  • Melalui Kawasan paya bakau sepanjang sungai
  • Berpeluang melihat kelip-kelip di Sungai Timun (Tertakluk kepada cuaca)
Syarat-syarat dan terma tertakluk kepada:-
  • Sekiranya keadaan cuaca tidak memuaskan (ribut/hujan) maka keputusan balik ke pengkalan dibuat oleh tekong tanpa sebarang pertikaian/persoalan demi keselamatan.
  • Keselamatan pemancing adalah atas keselamatan sendiri.
  • Tempahan perlu dibuat 1 minggu lebih awal.
  • Deposit diperlukan sebanyak 50% dari kadar harga pakej dan hendaklah dimasukkan ke dalam akaun bank kami.
2. PAKEJ MEMANCING LAUT
Lokasi:
  • Terumbu batu karang, Laut Kuala Linggi.
  • Batu Jambul
  • Perairan Tanjung Tuan
Pakej Input :
  • 1 bot maksimum 6 orang.
  • Umpan di cari di tengah laut (comet/sotong)
  • Umpan umpun-umpun boleh didapati sekitar jeti.
  • Ikan yang biasa terdapat di perairan ini ialah ikan Siakap, Ikan Jenahak, Pari dan Kerapu.
Harga Pakej :
  • Harga RM45.00 satu bot
  • Masa: 7.00ptg hingga pagi. (Tertakluk kepada terma dan syarat)
  • Termasuk seorang tekong dan jurumudi
__________________________________________________________
PAKEJ URUTAN TRADISIONAL DISEDIAKAN
Urut Kaki
45minit=RM25.00
Urutan Badan
1jam=RM55.00
Urutan bagi kesihatan lelaki
RM70.00
Urut bagi pesakit strok
RM70.00
urutan tradisional 2
urutan tradisional
_____________________________________________________
KEM MOTIVASI PANTAI DI PENGKALAN BALAK
Termasuk:
  • Tapak Perkhemahan dan khemah
  • Makan
  • Aktiviti (Dynamic Game)
  • Kuliah Subuh
  • Lawatan ke Pusat Penetasan
kem motivasi2
Penyu dan Kompleks Falak
  • Jurulatih bertauliah
  • Perlindungan Insuran Semasa
kem motivasi 5
Kem (3 hari dan 2 malam)
  • Sijil Penyertaan
kem motivasi 3
___________________________________________________________
PAKEJ SUKANEKA 2009
KADAR:
  • DEWASA-RM15.00 Seorang
  • KANAK-KANAK DAN REMAJA-RM10.00
pakej sukaneka2
PAKEJ TERMASUK:
  • 5 Aktiviti sukan
  • PA Sistem
  • Games MC
  • Free Flow Cordial Drink
  • Decoration, Sweet& Ballon for Children
pakej sukaneka4
______________________________________________________________
PAKEJ PENGANGKUTAN UNTUK LAWATAN DI MELAKA

1. LAWATAN DI AYER KEROH
Ayer Keroh….Tempat-tempat rekreasi yang terkenal di Melaka. Di sini terletaknya Hutan rekreasi, Taman Buaya, Zoo Melaka, Mini Malaysia dan Mini Asean.
Lawatan ke:
  • Taman buaya
  • Taman rama-rama
  • Zoo
  • Mini Malaysia
  • Hutan rekreasi
1 2
Lawatan Ayer Keroh/ Semula jadi
Melawat taman rekreasi di Melaka. Melawat Rumah Melayu, kampung Negara Asia (Mini Malaysia dan Mini Asean). Pemilihan di antara Taman Negara atau Zoo Melaka. Di samping itu, merasai kecantikan rama-rama dan membeli-belah cenderahati di Taman Rama-rama terbesar di Malaysia.
Aturcara: 9.00 pg, 11.00 pagi, 2.00 ptg & 4.00 ptg (Ex City Hotels)
8.00 pg, 10.30 pg, 1.30 tghari & 3.30 ptg (Ex Out City Hotels)
Masa perjalanan: 4 jam
Bayaran : Dewasa Rm 35.00
Kanak-kanak Rm 25.00
3 4

2. LAWATAN KE BANDAR
Sejarah Melaka bermulanya dari sebuah kampung nelayan yang kecil, kemudian beransur menjadi pusat perdagangan yang terkenal di timur. Kemudian Melaka menjadi sebuah empayar yang hebat dan disegani ramai. Pakej ini akan membawa anda berjalan-jalan di sepanjang Jalan Harmoni untuk melihat Bangunan Merah Melaka . Anda juga akan diperkenalkan dimana terletaknya “Pusat Bandaraya Melaka Bersejarah” dan banyak lagi….
5 6 7
Aturcara program: 9.00pagi, 11.00pagi, 2.00ptg & 4.00 ptg (Ex City Hotels)
8.00 pagi, 10.30 pagi, 1.30 ptg, 3.00 ptg (keluar Ex City Hotels)
Masa perjalanan: 4 jam
Bayaran: Dewasa Rm 35.00
Kanak-kanak Rm 25.00
8 9 10
Lawatan ke:
  • Menara Taming Sari
  • Eyes On Melaka
  • Melaka River Cruise
  • Muzium UMNO
  • Bangunan The Stadthuys
  • A’ Famosa
3. LAWATAN MALAM
Aktiviti di mulakan dengan berjalan petang melalui Jalan Kraftangan ,tempat terbaik untuk membeli cenderamata Malaysia atau pergi ke Pasar Malam dan merasai keunikan pasar Malaysia.
Aturcara: 6.00 (Ex City & Out City Hotels)
Masa perjalanan: 5 jam
Bayaran: Dewasa Rm 55.00
Kanak-kanak Rm 50.00
11 12 13
Lawatan ke:
  • Eyes On Melaka
  • Jonker Walk
  • River Cruise
  • Menara Taming Sari
  • Dataran Pahlawan
  • Melihat pemandangan di Melaka
KADAR: RM 300
Van-tempahan satu hari (8 orang)
_________________________________________
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
EMAIL: tempahanpenginapan@yahoo.com