Monday, August 23, 2010

PANTAI PENGKALAN BALAK


Pantai Pengkalan Balak merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung Bidara. Pesisir pantainya yang luas didampingi keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitarannya amat damai dan permai.
Pantai yang popular dengan pelbagai bentuk chalet persendirian ini memberikan peluang kepada pengunjung dan pelancong untuk menginap dan menikmati suasananya yang permai pada sebelah malam. Para Pengunjung juga berpeluang menyaksikan kegirangan nelayan-nelayan yang pulang membawa hasil laut menjelang senja hari.Pengkalan Balak merupakan sebuah pantai yang terkenal di negeri Melaka, Malaysia dalam daerah Alor Gajah. Pantai Tanjung Bidara terletak berdekatan dengan Kem Terendak, sebuah kem tentera dan pantai Tg Bidara. Pantai yang terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah ini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka.
Penempatan ini terdiri daripada 11 buah kampung tradisional dengan kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani dan nelayan.
Pengunjung ke Pantai Padang Kemunting akan berpeluang melihat penyu karah, spesies yang hampir pupus. Pusat Penetasan Penyu Jabatan Perikanan di Padang Kemunting berperanan dalam menyelamat dan melindungi penyu karah ini. Pantai Pengkalan Balak pula merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung Bidara
Berdekatan pantai terdapat Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang menempatkan Balai Cerap, Planetarium, Pusat Latihan Falak dan Balai Cerap Robotik.
dsc00705 dsc00012 tanjung-bidara pengkalan-balak-094
pengkalan-balak-102 pengkalan-balak-008
images14 images16 images12 images11

PERCUTIAN DI INAPAN SAMUDERA CHALET



ALAMAT:
KM 52, KAMPUNG BALIK BUKIT, KUALA LINGGI
78200, KUALA SUNGAI BARU,
MELAKA.




Bercuti di Inapan Samuda Chalet, anda akan berpeluang melihat sendiri penyu karah yang terdapat di Pantai Pengkalan Balak. Penyu karah akan mendarat pada bulan March sehingga September. Jangan lepaskan peluang anda melihat sendiri penyu karah.


______________________________________________________
HUBUNGI KAMI UNTUK TEMPAHAN ATAU SEBARANG SOALAN:
Email: melakatour@yahoo.com

BILIK



1. BILIK ASLI (5 UNIT)
Banner Maker

*2 Single Bed dengan kipas RM70.00 SAHAJA

bilik asli bilik asli

2. BILIK TERATAK (2 UNIT)
Banner Maker

*2 Single Bed dengan air conditioner-RM80.00 SAHAJA

*2 Single Bed dengan kipas-RM70.00 SAHAJA

bilik teratak bilik teratak

3. BILIK NYIUR (8 UNIT)
Banner Maker

*2 Single Bed dengan air conditioner-RM80.00 SAHAJA

*2 Single Bed dengan kipas-RM70.00 SAHAJA

bilik nyiur bilik nyiur
___________________________________________________________

Monday, August 3, 2009

INAPAN SAMUDERA CHALET, PENGKALAN BALAK, MELAKA


INAPAN SAMUDERA CHALET
inapan samudera
Km 52, Kampung Balik Bukit, Kuala Linggi
78200, Kuala Sungai Baru,
Melaka.
Chalet Inapan Samudera adalah sebuah tempat penginapan yang menawarkan penginapan jenis chalet, apartment dan bilik untuk keselesaan anda yang inginkan percutian indah di Pengkalan Balak, Melaka. Chalet ini yang beralamat di Km 52, Kampung Balik Bukit, Kuala Linggi, 78200, Kuala Sungai Baru, Melaka mungkin merupakan antara chalet yang cantik dan selesa bagi anda yang ingin menikmati satu hari yang santai dan tenang sama ada di hujung minggu atau bercuti pada hari biasa.
Chalet ini berdekatan dengan pantai Pengkalan Balak dan pastinya memberi memori indah buat anda yang ingin menikmati matahari terbenam jauh ketengah laut bersama orang yang dikasihi sama ada anda datang bersama keluarga, rakan mahupun orang yang tersayang.
Chalet ini juga menawarkan kepada anda kemudahan yang lengkap dengan pelbagai perkhidmatan yang pastinya membuatkan percutian anda lengkap dengan pelbagai aktiviti dan keseronokan yang pasti anda kenang. Antara kemudahan yang kami sediakan adalah seperti surau, kawasan parking kereta, kawasan lapang untuk aktviti bagi anda yang datang dengan keluarga atau berkumpulan, pondok aktiviti serta dewan makan.

Buat anda yang ingin melihat sendiri penyu karah, inilah peluang anda kerana penyu karah banyak terdapat di Pantai Pengkalan Balak ini. Anda juga boleh menikmati perkampungan nelayan yang berdekatan di sini. Buat anda yang tercari-cari penginapan yang murah, selesa dan tenang,di sinilah tempatnya dan anda pasti gembira bersama kami di chalet Inapan Samudera.

PANTAI PENGKALAN BALAK

Pada era tahun 60-an,pantai ini amat popular kepada askar-askar British beriadah bersama keluarga. Adapun askar-askar British adalah petugas-petugas di kem bersebelahan pantai Tanjung Bidara iaitu Trendak Camp.
Apabila tahun 1971 kesemua petugas/askar itu dihantar pulang ke Britain (perjanjian kemerdekaan) maka pantai Pengkalan Balak menjadi sepi hampir kepada dua dekat. Pada tahun 1987 atas jasa anak watan kg. Pengkalan Balak itu sendiri iaitu Allahyarham YB Bahari Hassan, membina sebatang jalan di pinggir sepanjang pantai,maka pantai tersebut kembali menjadi ceria dan popular sebagai aset pelancongan.
Jalan tersebut dikenali “Jalan Persiaran Pantai”(JPP). Untuk pengetahuan umum sepanjang JPP itu adalah meliputi pantai Kok Ett(Hohoya), pantai Seman Jawa, pantai Haji Sidek, pantai Mat Bongkak, pantai Orang Putih (pantai Sidang Husin), pantai Wak Entel dan pantai Wahab Penyu.Kesemua ceruk pantai yang disebutkan itu, mempunyai rentetan peristiwanya yang tersendiri.
Contohnya, dipantai Mat Bongkak disekitar tahun-tahun penghujung tujuhpuluhan pernah seekor buaya terdampar di pantai tersebut. Peristiwa ini amat mengemparkan penduduk kg.Pengkalan Balak dan sekitarnya.

GAMBAR PANTAI PENGKALAN BALAK, MELAKA.
DENGAN KOS RENDAH,ANDA JUGA DAPAT BERCUTI BERSAMA KELUARGA TERCINTA.
dsc00012 tanjung-bidara
pengkalan-balak-102 pengkalan-balak-094 pengkalan-balak-008
images14 images16 images12
images7 images11 images8
images131 images12 images3
______________________________________________________
HUBUNGI KAMI UNTUK TEMPAHAN ATAU SEBARANG SOALAN:
Email: tempahanpenginapan@yahoo.com

JENIS DAN KADAR HARGA BILIK


HARGA BILIK

1. BILIK ASLI (5 UNIT)

*2 Single Bed dengan kipas RM70.00 SAHAJA

bilik asli bilik asli
2. BILIK TERATAK (2 UNIT)

*2 Single Bed dengan air conditioner-RM80.00 SAHAJA

*2 Single Bed dengan kipas-RM70.00 SAHAJA

bilik teratak bilik teratak
3. BILIK NYIUR (8 UNIT)

*2 Single Bed dengan air conditioner-RM80.00 SAHAJA

*2 Single Bed dengan kipas-RM70.00 SAHAJA

bilik nyiur bilik nyiur
_________________________________________________________
HUBUNGI KAMI UNTUK TEMPAHAN ATAU SEBARANG SOALAN:
Email: tempahanpenginapan@yahoo.com

PERSEKITARAN DI INAPAN SAMUDERA CHALET


PEMANDANGAN

pemandangan pemandangan
pemandangan pemandangan
pemandangan pemandangan
pemandangan pemandangan
pemandangan pemandangan
pemandangan pemandangan
_________________________________________________________
HUBUNGI KAMI UNTUK TEMPAHAN ATAU SEBARANG SOALAN:
Email: tempahanpenginapan@yahoo.com